L Lawliet - Death Note

Friday, May 18, 2012

Karya Pertama ku

Aku hanya seorang amatur .
Seorang lelaki yang sangat meminati dan mengkagumi karya melalui gambar bergerak , atau video .
Aku masih belajar . Di kolej yang hebat , bersama-sama rakan seperjuangan yang hebat .
Mereka membantu dan memberi tunjuk ajar .
Ingin ku belajar lebih dalam bidang perfileman ini .
Kerana dasarnya diri ini seorang yang pendiam .
Ini adalah medium ku mengekspresi diri ini .

Nikmati karya pertama dari amatur kerdil ini ..


Terima kasih pada yang sudi menonton .
Nantikan karya akan datang . Insyaallah ...

Tuesday, March 20, 2012

I Miss You Friends

Kadang kala,terasa diri ini semakin lemah.
Lemah dari cubaan dunia di kolej..
Aku merasakan diri ini sunyi , tak seperti dulu . Hari-hariku dihiasi sahabat yang sentiasa membahagiakan aku .
Sentiasa girang bersama .
Berkongsi air mata bersama .Kami seolah sehidup semati.
Membuatkan aku sangat merindui zaman hidupku di asrama.


Bukan tidak bersyukur dengan kehidupanku kini.Cuma kini aku seolah-olah terpencil dari pandangan rakan di tempat persinggahan ini.
Aku tak mahu menyembunyikan identiti ku , yang agak kebudak-budakan.
Aku merasakan aku menjengkel hati mereka,
aku tidak matang pada mata mereka.
Namun itulah aku . Jangan disangka ku pendiam,kerana aku bukan seperti itu .


Jika aku tidak mampu menjadi sahabat buat dirimu,maafkan daku.
Sahabat bukan mudah dicari.Dan tidak mudah untuk diganti.


Ya.




Sahabat.


Perkataan yang indah untuk ku gambarkan.
Kegemilangan hidup masa laluku.
Para sahabat seperti mereka yang akan sentiasa berada dalam
onak hatiku.


Jikalau sedih,mereka yang meneman.
Malah mempermainkan kesedihanku.Bukan bermaksud tidak memahami,namun cuba membuatku lupa pada kesedihan yang di alami.
Gurau kasar,itu perkara biasa.
Gurauan seperti itu yang ku rindu . Bebas ketawa riang .Mencurah idea.Hidup kami seolah drama komedi.
Tak perlu lihat kebelakang.Hanya kita yang mampu mara.Mewarnai setiap jiwa dan
masa.


Kita pernah berjanji , akan bertemu lagi.
Menjanjikan masa depan cerah bersama.
Merealitikan imaginasi yang telah digambar.
Betapa indahnya sahabatku dulu.
Tak akan mungkin ada pengganti.


Insyaallah,ini hanya luahan hati tika sunyi...