L Lawliet - Death Note

Friday, May 18, 2012

Karya Pertama ku

Aku hanya seorang amatur .
Seorang lelaki yang sangat meminati dan mengkagumi karya melalui gambar bergerak , atau video .
Aku masih belajar . Di kolej yang hebat , bersama-sama rakan seperjuangan yang hebat .
Mereka membantu dan memberi tunjuk ajar .
Ingin ku belajar lebih dalam bidang perfileman ini .
Kerana dasarnya diri ini seorang yang pendiam .
Ini adalah medium ku mengekspresi diri ini .

Nikmati karya pertama dari amatur kerdil ini ..


Terima kasih pada yang sudi menonton .
Nantikan karya akan datang . Insyaallah ...

Tuesday, March 20, 2012

I Miss You Friends

Kadang kala,terasa diri ini semakin lemah.
Lemah dari cubaan dunia di kolej..
Aku merasakan diri ini sunyi , tak seperti dulu . Hari-hariku dihiasi sahabat yang sentiasa membahagiakan aku .
Sentiasa girang bersama .
Berkongsi air mata bersama .Kami seolah sehidup semati.
Membuatkan aku sangat merindui zaman hidupku di asrama.


Bukan tidak bersyukur dengan kehidupanku kini.Cuma kini aku seolah-olah terpencil dari pandangan rakan di tempat persinggahan ini.
Aku tak mahu menyembunyikan identiti ku , yang agak kebudak-budakan.
Aku merasakan aku menjengkel hati mereka,
aku tidak matang pada mata mereka.
Namun itulah aku . Jangan disangka ku pendiam,kerana aku bukan seperti itu .


Jika aku tidak mampu menjadi sahabat buat dirimu,maafkan daku.
Sahabat bukan mudah dicari.Dan tidak mudah untuk diganti.


Ya.




Sahabat.


Perkataan yang indah untuk ku gambarkan.
Kegemilangan hidup masa laluku.
Para sahabat seperti mereka yang akan sentiasa berada dalam
onak hatiku.


Jikalau sedih,mereka yang meneman.
Malah mempermainkan kesedihanku.Bukan bermaksud tidak memahami,namun cuba membuatku lupa pada kesedihan yang di alami.
Gurau kasar,itu perkara biasa.
Gurauan seperti itu yang ku rindu . Bebas ketawa riang .Mencurah idea.Hidup kami seolah drama komedi.
Tak perlu lihat kebelakang.Hanya kita yang mampu mara.Mewarnai setiap jiwa dan
masa.


Kita pernah berjanji , akan bertemu lagi.
Menjanjikan masa depan cerah bersama.
Merealitikan imaginasi yang telah digambar.
Betapa indahnya sahabatku dulu.
Tak akan mungkin ada pengganti.


Insyaallah,ini hanya luahan hati tika sunyi...



Wednesday, February 15, 2012

Kepuasan Anak Seni

Assalamualaikum wbt . .


Alhamdulillah bermulanya Semester Baharu di dalam kehidupan aku sebagai seorang penuntut ilmu di negeri sendiri . .
Banyak tugasan yang perlu di buat pada ketika ini .
Semakin kita dewasa kita akan di beri lebih cubaan daripada -Nya .


Menandakan bahawa Sang Pencipta tidak pernah lupa dan alpa pada setiap makhluk .
Semakin banyak cubaan ,
Aku cuba memikirkan dari sudut perspektif yang positif .
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .


Insyaallah , berkat restu ibu bapa juga Allah SWT . .
Aku bakal berjaya di dalam bidang yang sangat aku minati ini . .


Aku bukan anak ilmuan yang mampu menghafaz kitab-kitab . .
Juga bukan ahli ilmu hisab yang lancar mencongak terus dari akalnya . .
Bukan juga penuntut ilmu perubatan yang bakal menjadi penyambung fardu kifayah juga membantu manusia lain menjalani kehidupan sihat sejahtera . .


Namun ,


Aku hanya anak seni yang ingin menyampai dan mengekspresi 
Apa yang berada dalam imaginasi ku ini .
Ingin ku luah kan idea-idea yang mencurah . Bagai tiada henti .
Segala puji bagi Allah menganugerahkan otak sebegini .
Perjuangan anak seni 
Hanya berbekalkan imaginasi 
Untuk kepuasan diri .


Hiduplah membuat perkara yang kita minat dan kerjalah untuk kepuasan
Bukan sekadar keperluan .
Kerana ada semangat dalam kepuasan bekerja itu .

Thursday, February 2, 2012

Mencari

Assalamualaikum wbt


Kadang kala kita merasakan hidup kita ini hanya dalam keseorangan .
Merasakan diri ini rebah tanpa bantuan .
Kehilangan harapan .


Sama seperti diriku sekarang . Terasa perit dugaan seperti ini ..
Ketika orang yang paling rapat , rakan bergelak sedih bersama tiada di saat ku memerlukan .


Bukan mengungkit namun memohon bantuan di dalam keadaan
terdesak . Diri ini sangat memerlukan bantuan kamu rakan-rakan ..


Bantulah aku untuk mengubah keadaan hidup ku ini .
Ya Allah ..
Hanya kau yang mampu untuk membantu hambamu ini .
Beri lah ikhtiar .


Beri lah kekuatan .
Agar hamba Mu ini tidak mengalah dan mudah menyerah .
Buka lah pintu rezeki ku ini .
Amin .

Wednesday, January 11, 2012

Mencoba Untuk Berubah


Aku hanya lah manusia biasa..Manusia yang lemah dan seringkali berulang perbuatan dosa..
Diri yang hina ini , aku mencuba untuk menghadap Ilahi . Memohon keampunan di atas 
dosa-dosa masa lalu ku..

Diatas sejadah , aku menyujud kan diri ku . Hamba yang kotor menagih cinta sejati dari Mu .
Dalam sendu sendan , mengharapkan keampunan Mu
Aku mengenang kembali masa silam ku . Yang telah ku sia-sia kan tanpa mengingati Mu .
Adakah diri ku layak ke Jannah Mu ?
Aku tidak sanggup ke Neraka disana ..
Membayangkan diriku dibakar , terseksa disana ..Pedih . Itu yang ku rasa .

Kau Tuhan yang Maha Penyayang Ya Allah .. Telah berkali kau membisik di dalam hati .
Agar kembali ke jalan Mu . Namun kadangkala ,aku manusia
mendengar telunjuk nafsu .

Kau Tuhan Maha Penyabar ..
Kau masih memberi diri ini peluang di dunia ini . Untuk mencari jalan kembali .
Kau mendidik jiwa ini . Agar suatu hari nanti
Kami semua dapat kembali ke tempat asalnya kami . 
Jannah . Tempat sebaik-baik tempat .

Apalah yang ingin di bandingkan di dunia .
Dengan sedikit kenikmatan ini aku alpa . Sedangkan jika aku memilih kenikmatan dunia , seolah
aku telah menolak tawaran terindah Mu di Syurga .

Kini aku merasa , dunia seolah-olah penjara .
Aku mula merindui Mu Ya Tuhan
Namun aku takut . Adakah diri ini sudah layak untuk menghadapMu nanti ?
Dosa silam ku kumohon di ampuni .

Biarlah aku berubah . Berubah demi Mu Ya Allah .
Mencuba untuk menghambakan diri untuk Mu . 
Kekalkan lah hati ini agar sentiasa bersyukur pada Mu ..Agar sentiasa memuja Mu lebih dari segalanya ..
Sesungguhnya Kau lah yang telah memberi pada Ku segalanya .

Alhamdulillah ..

Doakan daku para sahabat . Agar diri ini tidak berpaling daripada Nya .
Sama-sama kita berjumpa
di tempat asalnya kita .
Insyaallah . Amiin

Assalamualaikum ...


Monday, January 9, 2012

Cinta Allah Lebih Agung

Assalamualaikum...


Kadang kala aku memikirkan..


Aku memang masih mencintai diri mu..Walau telah lama kita terpisah.


Namun cinta yang pernah kita bina , telah membawa aku ke dalam lubuk ke alpaan..


Menggelumangkan diri ke dalam lumpur kemaksiatan.


Mengenal cinta mu yang ku anggap suci , membuat ku lupa akan Sang Pemberi Cinta..


Aku mulai hanyut dalam cinta yang aku pandang manis dan bahagia..


Sebenarnya aku lupa..


Dalam masa yang sama , aku telah membawa mu makin hampir ke lubuk Neraka..


Bukan kah aku seharusnya membimbing mu ke tempat bermulanya cinta.Syurga.


Kini kita telah terpisah.


Benar hati ku remuk kerana perpisahan ini.


Tapi , perpisahan ini lah yang membuat aku menyedari , tanggungjawabku sebagai lelaki..


Aku mengharapkan perpisahan ini akan menjadi jalan untuk kita kembali.


Ke jalan Allah yang di Redhai..


Cinta Allah kepada ku lebih Agung dari cinta mu.Allah tidak pernah meninggal kan ku.


Aku merasa malu padamu Ya Allah.Malu menghadapmu kerana telah sekian lama aku lupa akan cinta yang lebih bermakna khas dari mu Ya Allah..


Jika sampai masa nya kita kan bersatu..Akan ku pinang diri mu..
Akan ku bimbing mu menjadi wanita solehah di sampingku . Ingin sekali aku membina keluarga bersamamu .


Aku tidak perlu takut jika benar kau lah jodoh ku..Pasti akan di pertemukan jua .


Ku berdoa .Ya Zaljalaliwaliqram , Kau perjodohkan lah aku bersama si dia ,
Jika benar dia jodohku , kau perkuatkan lah jodoh kami .
Jika dia bukan jodoh ku , kau pertemukan lah aku dengan jodoh yang lebih baik dari dirinya..


Sesungguhnya kau lah yang Maha Mengetahui..


Amiin..


Semoga perpisahan ini menjadi jalan untuk mewujudkan hubungan yang berkekalan..
Ke Jannah Allah , Insyaallah .

Sunday, January 1, 2012

2.1.2012 Permulaan Tahun Baru (Saya Rindu Awak!)

Assalamualaikum!^-^


Okay hari ni hari ke 2 tahun 2012..Biasanya tahun2 yang lepas aku dah sibuk nak membeli and mengupdate barang-barang keperluan sekolah aku..But its different in this year..Bcause im No Longer A School Student And Never Be Back...T__T

Aku teringin sangat nak rasa kehidupan sekolah aku balik..Law time cam ni biasanya dah excited daa nak masok sekolah balik..Setiap tahun mesti ada dialog cam ni dalam hati..

"Aku nak belajar betol2 tahun ni..X kira dah..Taknak main2 lagi."

After days later...

"OHHH!**** THIS SHIT!!!"

Hahaha!Jangan tipu korang x rasa camni kan?hihihi^_^
Sebab aku pun pena rasa camni time sekolah2 dulu..Rasa cam nak jadi pelajar cemerlang jee..Tapi x berubah2 jugk..huhu

Okay sebenarnay Tajuk di atas tu bukannya nak cakap aku rindu zaman sekolah ke apa..Nope..err..Adalah sikit..hehe
I just missed someone today very much!Tapi aku x boleh nak cakap aku rindu dia atas sebab2 tertentu..Agak menyeksakan batin aku sebenarnya..Hope dia tau laa that I missed her a lot..
=)

Itu je laa utk hari ini..Lagipun dah pukul 4 pagi ni..Nak tido..hehe

Assalamualaikum!

Klik like bawah ni kalau korang suka..Komen dan tinggalkan jejak anda di C Box baru saya=)