L Lawliet - Death Note

Wednesday, February 15, 2012

Kepuasan Anak Seni

Assalamualaikum wbt . .


Alhamdulillah bermulanya Semester Baharu di dalam kehidupan aku sebagai seorang penuntut ilmu di negeri sendiri . .
Banyak tugasan yang perlu di buat pada ketika ini .
Semakin kita dewasa kita akan di beri lebih cubaan daripada -Nya .


Menandakan bahawa Sang Pencipta tidak pernah lupa dan alpa pada setiap makhluk .
Semakin banyak cubaan ,
Aku cuba memikirkan dari sudut perspektif yang positif .
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .


Insyaallah , berkat restu ibu bapa juga Allah SWT . .
Aku bakal berjaya di dalam bidang yang sangat aku minati ini . .


Aku bukan anak ilmuan yang mampu menghafaz kitab-kitab . .
Juga bukan ahli ilmu hisab yang lancar mencongak terus dari akalnya . .
Bukan juga penuntut ilmu perubatan yang bakal menjadi penyambung fardu kifayah juga membantu manusia lain menjalani kehidupan sihat sejahtera . .


Namun ,


Aku hanya anak seni yang ingin menyampai dan mengekspresi 
Apa yang berada dalam imaginasi ku ini .
Ingin ku luah kan idea-idea yang mencurah . Bagai tiada henti .
Segala puji bagi Allah menganugerahkan otak sebegini .
Perjuangan anak seni 
Hanya berbekalkan imaginasi 
Untuk kepuasan diri .


Hiduplah membuat perkara yang kita minat dan kerjalah untuk kepuasan
Bukan sekadar keperluan .
Kerana ada semangat dalam kepuasan bekerja itu .

No comments: